Tuesday, 21 February 2012

tips dan cara belajar

Ramai yang tahu tips dan cara belajar.tetapi tak ramai yang tahu menggunakannya.cara yang berkesan untuk mengulangkaji pelajaran bukan sahaja bergantung kepada cara semasa belajar,malahan meliputi rutin harian dan perilaku kita.Walaupun tips ini hanya sedikit,ia boleh membantu Antara tips yang saya boleh kongsikan adalah;

1.POSISI BADAN SEMASA BELAJAR
    Pasti seorang pelajar mahu mengingati isi pelajaran yang dihafal sewaktu dalam dewan peperiksaan.Kajian menunjukkan bahawa seseorang mempunyai lebih kecenderungan untuk mengingati sesuatu apabila menggunakan posture badan yang sama swaktu menghafal atau membaca sesuatu.Oleh itu,seseorang pelajar perlu mengulangkaji pelajaran dengan menggunakan kerusi dan meja untuk belajar kerana posture yang sama digunakan sewaktu peperiksan


2.PEMAKANAN
    Apabila disebut sahaja tentang pemakanan,umumnya diketahui bahawa pelajar perlu mengambil diet yang nutrisinya mencukupi mengikut piramid makanan.Ya,itu memang betul.Tetapi terdapat juga makanan yang perlu dielakkan untuk menjaga daya ingatan seseorang.Contohnya,organ dalaman haiwan seperti hati(termasuk kepala ikan dan makana masam)


3.ADAB SESAMA MANUSIA
    Apabila ditanya kepada pelajar yang sentiasa cemerlang ,apa rahsia kejayaan mereka.Pasti mereka akan menjawab jaga adab dengan orang lain terutama guru dan ibubapa.Sesuatu ilmu itu akan hilang berkatnya jika guru tidak redha .Cara percakapan dengan kawan2 tidak boleh digunakan terhadap guru dan ibubapa.INGATLAH jika seseorang itu tidak beradab bermakna dia biadab dan ilmu tidak akan berkat dengan seseorang yang biadab.Salah satu cara untuk menjaga adab dengan guru adalah tidak duduk di tempat atau meja guru!


4.HUBUNGAN DENGAN ALLAH
    Khusus kepada orang islam,hubungan dengan allah bermaksud melaksanakan solat lima waktu,amal maaruf nahi mungkar.Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu amar maaruf nahi mungkar.amar maaruf bermaksud mengamalkan suruhan allah .nahi mungkar bermaksud mencegah larangan allah.mudah untuk kita mengatakan amar maaruf nahi mungkar,bukan?tetapi susah untuk melaksanakanya seperti menutup aurat ,mengelak kan gosip dan lek bercampur gaul dengan yang bukan muhrim.Haram hukumnya jika kita putus asa dengan rahmat allah.Oleh itu ,teruskan berdoa KEPADANYA.

No comments:

Post a Comment