Monday, 26 March 2012

rahsia hati


Perhatian kepada semua golongan WANITA yang..

MASIH LAGI TERCARI-CARI "LELAKI IDAMAN" DI DALAM HIDUP ANDA?

Atau pun..

SUDAH JUMPA! TETAPI MALANGNYA, "MR. RIGHT" ANDA ITU, TIDAK MENYEDARI KEWUJUDAN ANDA?

USAH RISAU, KETAHUI RAHSIA MEMIKAT HATI LELAKI IDAMAN ANDA DISINI!!

Per : Bagaimana Menawan Hati Lelaki Idaman Anda!
Salam Buat Sahabatku,
Sememangnya, bukanlah mudah unutuk mendapatkan pasangan yang benar-benar memenuhi semua kriteria idaman kita pada hari ini. Ada sesetengah lelaki tu, hensem, tetapi perangai agak kebudak-budakan. Ada sesetengah tu pula, macho dan sentiasa bergaya, tetapi apabila keluar berjalan bersama dari petang sampai ke malam, tak pernah pula nampak dia singgah di surau atau masjid. Payah juga kan?
Takkan nak main terima je semua? Nak hidup bersama bukannya untuk sehari atau seminggu-dua, kalau boleh, mahu selama-lamanya. Jadi, kenalah pilih betul-betul , kalau tersilap pilih, boleh merana jiwa dan lara. Tetapi, masalahnya sekarang, disebabkan pilih punya pilih punya pilih, umur pun dah nak jejak kategori "andartu", ke"panas"an telinga tak payah cakaplah.. asal balik kampung je, lebih-lebih lagi masa hari raya, mak ayah, sedara-mara, kawan-kawan, tak sudah-sudah bertanya.. "Bila nak kahwin?.. bila nak kahwin?".. "Haishhh!". Yang lagi tak tahan, makcik jiran kampung sebelah pun tumpang sekaki bertanya.. kalau makcik sebelah rumah tu takperlah lagi.. ini kampung sebelah ni.. isk! isk!
Kalau ikutkan hati.. esok juga nak kahwin? Tapi masalahnya.. sampai sekarang tak jumpa-jumpa lagi calon yang sesuai!. Sudah pupus ke "pria-pria terhebat" di dunia ini, cukuplah kalau dapat jumpa seorang lelaki yang kacak, baik hati, sopan-santun, beriman dan juga "kaya!"... he he!. Tak pedulilah kalau orang nak kata "awak ni mata duitanlah..", apa yang pasti, ianya adalah salah satu faktor yang agak penting juga untuk memastikan kehidupan berumahtangga nanti lebih terjamin.

Mestilah Cemburu..

Kadang-kadang "jealous" juga melihat rakan-rakan yang hidup gembira dengan pasangan mereka. Kenapalah susah sangat diri ini nak dapat teman lelaki? Kalau ada jumpa lelaki yang "menarik" pun, mesti lelaki tu dah jadi suami orang...isk! saaaangat tak sesowai u..
Nak kata diri tak cantik? Tidak juga!... Ada ramai lagi orang yang rasanya.. "lagi tak cantik", boleh pula ada teman lelaki yang kacak dan baik. Perlukah berserah sahaja kepada takdir? Atau.. sememangnya diri ini, ditakdirkan untuk hidup keseorangan hingga ke akhir hayat? Oh! Tidak...!

Hentikanlah Dilema Anda Sekarang..

Mungkin itulah antara beberapa dilema yang sering bermain di fikiran anda. Jika begitu, anda tidak perlu risau lagi. Anggap sahaja masalah anda telah selesai. Apa yang perlu anda lakukan kini, hanya bayangkan kehidupan anda yang gembira dan ceria bersama lelaki idaman anda.
Bayangkan, apabila anda ditimpa kesukaran, ada seorang lelaki yang akan sentiasa datang membantu. Apabila anda rasa kecewa dan down kerana masalah kerja. Ada seorang lelaki yang akan memberikan anda kata-kata semangat dan dorongan untuk tabah menghadapi segala dugaan. Apabila anda kesunyian, ada seorang teman yang sudi menjadi peneman dan mendengar segala celoteh anda tanpa jemu. Apabila anda ketakutan, ada seorang lelaki yang akan sanggup melindungi anda dengan sepenuh hatinya.
Ya! Semua ini akan menjadi realiti apabila anda tahu, bagaimana untuk memikat hati lelaki idaman anda.

Memperkenalkan! Panduan Memikat Hati Lelaki!

Disini, saya ingin memperkenalkan kepada anda, sebuah ebook yang akan membongkarkan segala-galanya tentang hati lelaki. Ebook ini akan menunjukkan anda "Bagaimana mengenalpasti pasangan yang berpotensi untuk dijadikan pasangan hidup?", dan juga cara, "Bagaimana untuk menawan dan memenangi hati mereka dengan mudah?".
Di antara isi kandungan yang terdapat di dalam ebook ini ialah :-
Bagaimana bercinta cara islam
love Menggunakan "5 Daya Pemikat" yang terdapat di dalam diri anda untuk memikat lelaki idaman
love Kenalpasti 10 Punca yang menyebabkan anda masih solo
love Bagaimana menjadikan diri anda menarik pada mata si dia
love Rahsia Pandangan Pertama
love Memahami Bahasa Cinta Lelaki
love 5 Teknik Berbicara dengan lelaki idaman anda
love 10 Tanda-tanda lelaki idaman anda sudah jatuh cinta pada anda
love 8 Taktik agar si dia memikat anda
love Kriteria lelaki yang sesuai di buat pasangan hidup
love 5 Saluran yang boleh anda gunakan untuk anda mencari pasangan hidup
love Doa & Amalan yang boleh anda lakukan untuk mempercepatkan jodoh
love 10 Tips yang perlu anda lakukan sewaktu memburu cinta anda
dan banyak lagi...

Berapakah Harga Ebook Ini?

Jika dengan ebook ini anda akan menemui lelaki idaman anda dan seterusnya menjadikan kehidupan anda lebih gembira dan bermakna, berapakah harga yang sanggup anda bayar untuk mendapatkannya? Apa yang lebih menarik lagi, ilmu di dalam ebook ini juga akan dapat membantu menaikkan "saham" anda sebagai seorang wanita yang disenangi dan diminati oleh ramai lelaki.

RM97 RM67 RM47

RM25 Sahaja!
Dapatkan segera agar lelaki idaman anda tidak terlepas kepada wanita yang lain!

Anda Juga Akan Mendapat Bonus!

Jika anda mendapatkan ebook "Rahsia Hati" ini sekarang, anda juga akan mendapat 3-in-1 ebook hebat yang dapat membantu anda mempercepatkan lagi proses menawan hati lelaki idaman anda.

Dapatkan Segera!

Klik pada butang "Order Now" dibawah untuk mendapatkan ebook ini. Mungkin ebook ini akan menjadi titik permulaan kepada kehidupan anda yang lebih ceria dan gembira bersama lelaki idaman anda.
order now

Yang Ikhlas,
Siti Dullillah Binti Yaakub
Teman Bicara Hati Anda
www.RahsiaHati.com
admin@rahsiahati.com
P/s:- Benar, jodoh itu ketentuan Tuhan, tapi kita sebagai manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dalam setiap apa yang kita lakukan, tidak terkecuali dalam soal mencari jodoh. Rezeki takkan datang bergolek, begitu juga jodoh. Ada orang jodohnya cepat tiba, manakala ada orang yang perlu berusaha keras mencarinya. Jika sebelum ini anda mengambil mudah soal jodoh, ebook ini bakal mengubah persepsi dan membuka hati serta minda anda tentang soal mencari pasangan.
P/p/s :- Betahkah anda melihat rakan-rakan seusia anda dan ahli keluarga yang lain sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama suami dan anak-anak mereka yang comel? Anda pula, pergi dan balik kerja setiap hari, menjalani rutin harian yang "biasa", sedangkan rakan anda yang lain telah melalui fasa baru dalam kehidupan mereka iaitu berkahwin, berkongsi hidup dan memiliki cahaya mata sendiri?
P/p/p/s:- Sanggupkah anda hidup keseorangan hingga ke tua tanpa suami dan anak-anak yang boleh menjaga kebajikan dan menguruskan anda bila sakit dan sudah tidak berdaya lagi untuk menguruskan diri sendiri?

Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd.
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625

rahsia rezeki


Tahukah Anda? Untuk Mengecapi Kekayaan, Kebahagian serta Ketenangan Di Dalam Hidup!.. Ianya Bermula Dari "Rezeki Yang Diberkati.."
Pernahkah anda merasa, kadang-kala begitu sukar untuk anda memperolehi wang? Apabila memperolehi wang, seringkali ia tidak mencukupi.. lebih teruk lagi, setiap bulan, pasti akan ada sahaja hal-hal di luar jangkaan yang berlaku yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan wang dari poket anda.
Kereta eksiden, anak sakit, kawan nak pinjam duit, peti ais di rumah rosak, isteri merajuk ajak pergi bercuti, bil air dan elektrik tiba-tiba melambung tinggi, kedai depan rumah buat jualan murah, kena tipu dengan skim pelaburan cepat kaya dan bermacam-macam lagi. Setiap bulan, ada sahaja perkara yang meragut keluar duit anda dari poket.. .. agak sukar untuk membuat sebarang simpanan. Lebih malang... kadang-kala terpaksa berhutang pula dengan rakan-rakan.
Nak kata gaji kecil? Tidak juga!...
Nak kata suka enjoy? Tidak juga!...
Nak kata tidak tahu urus duit? Tidak juga!...
Jadi? Apakah Masalah Yang Sebenarnya?
Kadang-kala, ramai yang terlepas pandang. Mereka menyangka, segala rezeki yang mereka perolehi adalah disebabkan usaha titik peluh mereka semata-mata. Sedangkan, segala-galanya adalah pemberian dari Allah. Segala-galanya adalah dibawah kekuasaanNYA. Ia mampu menambah, mengurangkan serta menarik segala rezeki yang diberikan pada bila-bila masa sahaja dengan pelbagai cara.
Anda pasti pernah mendengar berita atau cerita..
  • Si Bapa yang perlu membayar wang tebusan kerana si anak telah diculik
  • Banglo mewah yang ranap akibat tanah runtuh
  • Kereta baru yang terjunam ke dalam lombong
  • Si muda yang kaya tetapi jatuh miskin di hari tuanya..
dan berbagai-bagai lagi kisah yang menginsafkan..
Apakah Tanda Rezeki Anda Diberkati Atau Tidak?
Ada orang yang hidup mewah dengan kereta dan rumah yang besar. Namun begtu, masalah anak yang rosak akhlaknya serta isteri cantik yang curang, mengkucar-kacirkan ketenangan hidupnya.
Ada pula yang hidup sederhana, namun kehidupannya tenang dan bahagia dengan anak-anak serta isteri yang solehah.
Namun begitu, tidak kurang juga golongan yang hidup dalam kemiskinan, terlibat pula dengan najis dadah, samseng, sumbang mahram, diburu along dan pelbagai lagi masalah kehidupan yang penuh dengan situasi haru-biru.
Rahsia Memperolehi Rezeki Melimpah Ruah & Diberkati kini dibongkarkan...
Kehidupan yang kaya, sederhana atau miskin.. bukanlah kayu pengukur yang tepat untuk menentukan bahawa rezeki yang anda perolehi adalah rezeki yang diberkati atau tidak. Ia sebenarnya terletak pada rasa "syukur" yang wujud dalam diri. Namun begitu, ramai yang terkeliru dengan pengertian syukur ini dan kurang jelas dengan hakikat sebenar "rasa syukur"..
Ebook "Rahsia Rezeki", akan membongkarkan ke semua persoalan berkaitan rezeki yang bermain di fikiran anda..
Ebook ini akan membongkarkan..
  • 6 Sebab Mengapa Rezeki Anda Menjadi Sempit
  • 15 Amalan yang boleh anda lakukan untuk menambahkan rezeki
  • 5 Petua untuk mendatangkan rezeki yang melimpah ruah di dalam kehidupan anda
Turut terkandung di dalam ebook ini..
  • Ayat serta surah di dalam al-quran yang boleh anda amalkan untuk membuka pintu rezeki
  • Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa memohon keberkatan rezeki yang melimpah ruah
  • Petua serta peraturan berniaga di dalam islam
  • Keajaiban bersedekah
  • Kehebatan ayat 1000 dinar
  • Rahsia bangun awal pagi
  • Rahsia rezeki di dalam menunaikan haji dan umrah
  • dan banyak lagi tips, panduan serta petua menarik..
Berapakah Harga Ebook Ini?
Ebook ini hanya berharga RM20 sahaja. Ianya adalah terlalu murah jika hendak dibandingkan dengan kebahagian serta ketenangan hidup yang bakal anda kecapi apabila mengamalkan ilmu-ilmu yang terdapat di dalam ebook ini.
Nanti Dulu! Ada Bonus?
Jika anda mendapatkan ebook "Rahsia Rezeki" ini sekarang, saya juga akan memberikan anda 2 ebook bonus yang menarik sebagai bahan bacaan tambahan.

Ebook Bonus #1 : The Science Of Getting Rich
Ini adalah sebuah ebook yang membongkarkan ilmu serta rahsia sebenar untuk menjadi kaya. Jika anda berada dalam kesulitan dan merasakan masih ada rahsia buat duit yang belum anda terokai. Ebook ini adalah ebook yang mesti anda baca.



Ebook Bonus #2 : The Richest Man in Babylon
Ebook ini membongkarkan rahsia kekayaan masyarakat Babylon pada suatu masa dulu. Ianya meliputi pengalaman serta ilmu perniagaan, dan juga pengurusan kewangan dalam rumahtangga. Penulis ebook ini telah mengadaptasikan kesemua ilmu kuno ini kedalam kehidupan moden zaman kini. Menjadikan ebook ini amat sesuai dan relevan untuk dibaca.


Dapatkan Sekarang ebook RAHSIA REZEKI ini dengan harga RM20 sahaja!
Klik Butang "Order Now" dibawah untuk membuat pembelian!


P/s :- Dalam ebook "Rahsia Rezeki" ini saya memberikan anda sebanyak mungkin garis-panduan, tips dan langkah-langkah bagi membantu anda untuk berjaya sama ada didunia ataupun diakhirat. Rasululullah s.a.w. bersabda, “Pada akhir zaman kelak, manusia harus menyediakan harta untuk menegakkan urusan agama dan urusan dunianya.” (HR. At-Thabrani) .
P/s/s :- Memperoleh kebahagian itu adalah penting, namun begitu memperoleh kebahagian serta kekayaan itu adalah lebih mengembirakan. Dapatkan ebook ini untuk mengetahui bagaimana anda boleh memperolehi akan nikmat kedua-duanya.
Yang Ikhlas

Zahidan Abdul Aziz
019-5649016
Penulis ebook RahsiaRezeki.com

Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd.
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625

jana wang dari rumah-khas untuk wanita


SUDAH BOSAN BEKERJA DI PEJABAT?
INGIN LUANGKAN LEBIH BANYAK MASA BERSAMA KELUARGA?

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK ANDA MENJANA PENDAPATAN HANYA DARI RUMAH!

Pernahkah anda terfikir? Mengapa anda boleh membesar dengan baik dan menjadi seorang yang berjaya pada hari ini?
Ianya adalah kerana, anda DIBESARKAN SENDIRI oleh IBU anda!
Tidak dapat dinafikan, jasa Ibu anda lah yang telah banyak membentuk peribadi anda hari ini. Masihkah anda ingat, ibu anda membuat sarapan pagi untuk anda ke sekolah, menyiapkan bekalan makanan, membasuh pakaian, memasak & menyediakan makanan tengahari sewaktu anda pulang, mendidik anda dan melakukan segala-galanya untuk anda.
Ibu anda dapat melakukan semua itu, kerana, beliau adalah suri rumah sepenuh masa!
Sesungguhnya, amatlah besar jasa dan sumbangan seorang suri rumah di dalam menjaga urusan rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan anak-anak yang berjaya.
Tidak dinafikan zaman sudah berubah, jika dulu, hanya si bapa/suami yang bekerja, sudah cukup untuk menampung perbelanjaan seisi keluarga. Tetapi kini, untuk menampung perbelanjaan isi rumah, si suami dan isteri (kedua-duanya) perlu bekerja.
Tetapi, bagi saya! Ia sebenarnya tidak banyak berubah, zaman dulu pun, ramai golongan ibu yang bekerja. Apa yang sedikit berbeza, mereka bekerja dari rumah. Antara pekerjaan yang mereka lakukan di rumah adalah seperti mengambil upah menjahit, membuat kuih, menganyam tikar dan sebagainya. Pekerjaan ini, serba sedikit dapat membantu ekonomi keluarga.
Tetapi, apabila zaman berubah, ia sudah tidak relevan dan tidak mencukupi..

MASALAH ZAMAN INDUSTRI..

Zaman industri, membawa paradigma moden yang meninggalkan kesan sampingan yang agak buruk. Ibu-ibu yang bekerja di rumah di katakan ketinggalan zaman dan tidak maju. Golongan isteri atau wanita, disarankan untuk turut bekerja di luar (kilang/pejabat) seperti mana golongan lelaki bekerja untuk membolehkan mereka memperolehi pendapatan yang lebih baik untuk membina hidup yang lebih selesa.
Walaupun trend ini nampak bagus dan membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga. Namun, dari aspek yang lain, ia memberikan kesan sampingan yang sukar disedari. Akibat daripada trend ini, institusi keluarga serba-sedikit mula terancam dan terabai. Masa bersama (quality time) di antara ibu dengan anak-anak menjadi semakin kurang. Tiada lagi ciuman ibu di pipi sewaktu pergi ke sekolah, tiada lagi masakan dan air tangan ibu apabila pulang dari sekolah di tengahari, tiada lagi si ibu yang menemani si anak bermain di taman di waktu petang, dan tiada lagi si ibu yang memberi tunjuk ajar dan membantu anak-anak membuat kerja sekolah di waktu malam. Anak-anak dibiarkan keseorangan dan perlu berdikari, kerana ibu-bapa sibuk bekerja di luar rumah. Lebih parah lagi, tugas yang seharusnya digalas oleh seorang ibu itu, diberikan pula kepada pihak lain , iaitu.... orang gaji / pembantu rumah, yang sudah pastinya, memberikan "kesan" yang lain.
Trend ini sebenarnya memberikan kesan buruk untuk masa yang panjang, akibat & kesannya, kita boleh lihat pada hari ini. Masalah & gejala sosial anak-anak semakin menjadi-jadi. Semuanya berpunca daripada kurangnya "quality time" yang diluangkan oleh ibu-bapa untuk mengawasi, mendidik, berinteraksi dan juga memberikan kasih-sayang kepada anak-anak mereka. Anak-anak, merasakan ibu-bapa sudah tidak mempedulikan mereka dan semakin hari semakin semkin hanyut dengan kesibukan mengejar material dan urusan di luar.
Tidak hairanlah jika ibu bapa tidak tahu apa perkembangan anak-anak sendiri. Seringkali ramai ibu bapa memuji dan mengatakan:
“Anak saya baik dan mendengar kata.”
“Anak saya tidak melakukan perkara tidak senonoh diluar.”
“Anak saya sopan apabila berada di rumah malah kelakuan terjaga.”
Ramai berpandangan hidup mereka selesa, gembira kerana ibu dan bapa bekerja keras untuk menikmati kemewahan dan keselesaan kehidupan. Namun seringkali, sentiasa sahaja menghadapi masalah yang sama, tidak cukup wang, masih juga tinggal rumah yang sama sejak 30 tahun lalu.
Peredaran masa, anak-anak semakin membesar dan mula mencari haluan masing-masing. Kembali kepada putaran yang asal, mengabaikan ibu bapa pula sebagaimana yang telah dilakukan ibu bapa kepada anak-anak.

SEDARLAH HAKIKAT INI..

Jika anda adalah seorang ibu dan juga wanita yang bekerja di luar rumah, saya pasti anda menyedari tentang hakikat ini. Anda sedar, waktu anda untuk bersama anak-anak terlalu singkat. Seboleh mungkin, jiwa & naluri anda meronta-ronta ingin tinggal di rumah dan meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. Melihat setiap detik & saat-saat mereka membesar, mendidik dan juga memberikan mereka kasih-sayang sepenuhnya. Tetapi, situasi dan kedudukan kewangan semasa, memaksa anda untuk melenyapkan sahaja impian anda itu.

ZAMAN TEKNOLOGI MEMBERI HARAPAN BARU..

Kini, kita berada di zaman teknologi. Ianya memberikan satu nafas baru kepada golongan-golongan ibu untuk tinggal di rumah dan menjana pendapatan seperti mana yang dilakukan oleh ibu-ibu kita pada zaman dahulu.
Pada zaman dulu, memang tidak dinafikan, berapa sangatlah pendapatan yang boleh diperolehi dengan mengambil upah menjahit baju? Membuat kuih? Ataupun menganyam tikar? Pendapatannya terbatas disebabkan pasarannya yang kecil, iaitu, pelanggannya hanyalah dari sekitar-sekitar orang di kampung sahaja.
Tetapi kini, teknologi internet, menjadikan aktiviti tersebut kembali relevan dan beranjak kepada satu tahap yang baru. Tempahan baju dan tempahan kuih kini tidak lagi hanya tertakluk kepada pasaran setempat sekitar kampung sahaja, tetapi ianya mampu menjangkau ke luar daerah, negeri mahupun negara.
Aktiviti menjana pendapatan di rumah juga kini lebih banyak, jika dulu, golongan ibu lebih terkenal dengan aktiviti "mengambil upah jahit", tetapi kini, aktiviti lebih moden seperti khidmat pembantu maya (virtual assistant), tempahan sulaman, tempahan kuih & kek, kraftangan, percetakan, penulisan, jual beli saham dan bermacam-macam lagi aktiviti yang menguntungkan, boleh dilakukan oleh golongan ibu dengan hanya duduk di rumah.
Ianya bukan sahaja dapat membantu meningkatkan pendapatan ekonomi keluarga, malah, institusi keluarga juga menjadi lebih terjamin dan kukuh.

MASA UNTUK ANDA MEMBUAT PILIHAN..

Jangan berkata "Saya tidak punya pilihan!"
Berikan peluang kepada diri anda! "Pilihan", sentiasa ada. Cuma anda yang perlu menentukan sama ada anda "mahu" atau "tidak" menerima pilihan itu.
Waktu ini, sudah ramai yang menyedari tentang kelebihan "bekerja di rumah", ramai yang telah mengorak langkah dan menjadikan impian mereka suatu realiti. Dijangkakan, trend ibu bekerja di rumah ini akan terus meningkat dan menjadi satu trend pada masa hadapan.
Usah terkejut, suatu hari nanti, golongan-golongan ibu yang lain akan terkejut jika mereka mendengar, anda masih lagi bekerja di pejabat!
Mungkin dialognya... "Hah? Anak dah 3 tapi masih bekerja di pejabat?"
Dimasa hadapan, dialog ini mungkin akan mengambarkan anda adalah seorang yang ketinggalan zaman, tidak bertanggungjawap kepada keluarga dan juga seorang yang tidak kukuh kewangannya dan sentiasa hidup dalam kemurungan kerana masih "terpaksa" bekerja di pejabat.
Bagaimana? Jangan sampai pada tahap itu, barulah anda terhegeh-hegeh hendak bertindak..

BINA TAPAK ANDA SEKARANG

Mahu atau tidak, anda perlu bina tapak/asas anda dari sekarang. Anda perlu merancang untuk hidup bebas, menghabiskan lebih banyak masa di rumah bersama keluarga serta mempunyai pendapatan yang kukuh walaupun hanya duduk di rumah.
Ianya bukanlah sesuatu yang mustahil, ramai yang telah melakukannya dan saya juga telah melakukannya.
Mari kita lihat beberapa orang yang telah berjaya melakukannya.
"Keunikan bekerja di rumah berbanding kerja makan gaji sangat memberi kepuasan, terutama dalam mengimbangi urusan kerja dan rumahtangga. Lebih fleksibel dalam menjalankan perniagaan. Tidak perlu terkejar-kejar untuk ke kedai atau pejabat. Tidak perlu ada waktu tertentu untuk keluar dari rumah. Hanya akan keluar untuk temujanji, membeli barang atau stok, atau pergi ke bank untuk menyimpan duit. Itu pun kurang juga kerana kebanyakan pelanggan boleh membayar secara online.”
Wardi Othman,
Pemilik Tadika & Bisnes Aksesori Online

"Perancangan untuk bekerja di rumah memang telah saya lakukan sewaktu sebelum berumahtangga lagi. Alhamdulillah, pilihan itu sangat tepat, saya kini sangat gembira membesarkan anak-anak dan dalam waktu yang sama, mempunyai punca pendapatan yang lumayan dengan hanya berniaga dari rumah.”
Siti Noorhafezah Maarop
www.MyPermataHati.com

 

PERMUDAHKAN & PERCEPATKAN IMPIAN ANDA!

Jika anda ingin memudahkan perancangan serta usaha anda, untuk merealisasikan impian anda bekerja di rumah. Disini, saya telah menghasilkan sebuah ebook "Panduan Bekerja Di Rumah", ianya khas untuk golongan wanita / isteri dan juga Ibu.
Apa yang terkandung di dalam ebook ini ialah :-
  • Bab 1: Pendahuluan & Konsep
    Merupakan bahagian pendahuluan dan mengandungi pandangan dari wanita-wanita yang telah menjalankan perniagaan dan juga pekerjaan dari rumah. Juga turut menyentuh konsep=konsep bekerja di rumah serta jenis-jenis sumber kewangan apabila bekerja di rumah.
  • Bab 2: Masalah Mencentus Motivasi
    Sedikit pencetus motivasi, iaitu, kisah benar dan pengalaman saya sendiri yang membuatkan saya berkobar-kobar untuk bertukar status dari pekerja di pejabat kepada suri rumah yang bekerja di rumah.
  • Bab 3: Matlamat Bekerja Di Rumah
    Antara matlamat-matlamat yang boleh anda gunakan untuk memacu semangat anda bekerja di rumah.
  • Bab 4: Mengapa Anda Perlu Bekerja di Rumah
    6 sebab kukuh mengapa anda perlu bertindak sekarang dan mula bekerja dari rumah.
  • Bab 5: Mengapa Gagal Untuk Sukses Bekerja Di Rumah
    10 sebab mengapa ramai yang gagal untuk bekerja dari rumah. Kenalpasti faktor ini dan elakkan ia dari berlaku pada diri anda.

  • Bab 6: Panduan Persediaan Sebelum Bekerja Di Rumah 
    9 persedian yang perlu anda ketahui sebelum anda memutuskan untuk berhenti kerja di pejabat dan mula bekerja di rumah.
  • Bab 7: Pelan Perancangan dan Bertindak
    Contoh pelan perancangan dan bertindak untuk anda bekerja dari rumah.

  • Bab 8: Rahsia Kejayaan & Motivasi
    13 Rahsia kejayaan untuk bekerja dari rumah.
  • Bab 9: Mencari Idea Bekerja Di Rumah
    7 faktor yang perlu dipertimbangkan apabila mencari idea bekerja di rumah

MILIKI EBOOK INI SEKARANG JUGA!

Harga untuk ebook ini hanyalah RM20 sahaja. Ianya adalah sangat murah jika hendak dibandingkan dengan pelbagai informasi yang terdapat di dalam ebook ini, yang dapat membantu anda membuat perancangan yang bekesan untuk memulakan misi anda menjadi seorang suri rumah yang bekerjaya.

BONUS UNTUK ANDA!

Jika anda mendapatkan ebook ini sekarang! Saya akan memberikan anda, 2 buah lagi ebook bonus yang akan mempermudahkan lagi diri anda untuk mula bekerja dari rumah. 2 buah ebook bonus tersebut ialah :-
Ebook Bonus #1 :
Idea Bisnes Bekerja Di Rumah
Ebook Bonus #2 :
Temuramah 4 Usahawan SOHO

HANYA RM20 SAHAJA!


Yang Benar,

Masayu Ahmad
Working At Home Mom's
www.JanaWangDiRumah.com
www.MasayuAhmad.com
P/s: - Trend bekerja dari rumah adalah trend terkini untuk masa hadapan. Jangan biarkan diri anda kepenatan dan terpinga-pinga di kemudian hari melihat bagaimana orang lain boleh hidup bahagia dan bebas walaupun hanya duduk di rumah.


Diterbitkan dan diedarkan Oleh:
Shuth Network Sdn. Bhd.
No 23-1, Jalan 9/9C, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor.
Tel : 012-3655625