Untuk memulakan pembuatan bagi resepi ini,bahan-bahan ini mesti disediakan terlebih dahulu.Resepi ini dikhususkan hanya untuk seorang makan.Masing2 perlu lakukannya sendiri untuk merasa kelazatannya.Tempahan adalah dilarang kerana rasanya tidak lazat,malahan memualkan
.
Bahan A:
10 kg tepung buku pelajaran(diayak)
300 g alat tulis(dikisar halus)
100 g guru(jika perlu tambahkan sehingga secukup rasa)
Bahan B:
Segenggam doa(digaul setiap hari)
200 g tawakkal
500 g usaha
250 g kesabaran
Bahan Hiasan:
Satu camca air mata
Sekuntum bunga senyuman
Beberapa patah ucapan t.kasih
Cara2 membuat:
1.Gaulkan semua bahan A sehingga sebati(menggunakan tangan.kalau guna mesin tak berapa sedap)Tinggalkan adunan selama semalaman.
2.Semasa hari pertama hingga akhir,tabur doa sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati.setiap hari.
3.Tambahkan juga tawakkal untuk menghangatkan adunan tadi supaya tidak basi.
4.Campurkan usaha dan kesabaran serentak untuk mengelakkan rasa muak sebelum hasil diperoleh.
5.Bakar adunan tadi selama 50 minit dengan suhu 250 drjah celcius menggunakan cara pembakaran atas dan bawah
6.Cairkan ucapan terima kasih menggunakan teknik double boiling seperti mencairkan coklat untuk mengelakkanya hangit
7.Setelah kek kejayaan tadi masak,tuang ucapan terima kasih yang dicairkan tadi ke atas kek kejayaan
8.Kemudian,percikkan air mata untuk menambah rasa syukur
9.Untuk kek kelihatan lebih cantik,letakkan kuntum senyuman diatasnya.........
SEKIAN,SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1
No comments:
Post a Comment